• Laman Utama
  • English Version
  • Kembali ke BERNAMA.com
Carian

Pembangunan infrastruktur di kawasan pendalaman dapat mengurangkan jurang perbezaan antara masyarakat di dalam bandar dan di luar bandar
 

Kursus Kemahiran Di Bawah Senarai e-Kasih Akan Ditambah

SUNGAI PETANI, 20 Mac (Bernama) -- Kursus kemahiran di bawah senarai program e-Kasih yang disasarkan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan miskin akan ditambah.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Ahmad Phesal Talib berkata kementerian sedang mengenal pasti kursus yang relevan yang dapat membantu peserta meningkatkan pendapatan.

"Kita perlu memahami apakah bidang-bidang yang boleh kita kembangkan supaya mereka (peserta) boleh menambah pendapatan seterusnya membantu mereka keluar daripada kemiskinan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan di sini hari ini.

Program yang dianjurkan oleh kementerian itu dengan kerjasama Persatuan Profesional Melayu Malaysia (PPMM) dihadiri oleh 215 peserta yang mengikuti kursus fotografi, asuhan kanak-kanak, makanan segera dan peningkatan kemahiran sedia ada.

Ahmad Phesal berkata program itu bukan sahaja memberi latihan kemahiran dan perniagaan kepada para peserta tetapi pihak kementerian juga turut membantu daripada segi menyediakan peralatan.

-- BERNAMA